MIND-X

Xplore, Xpression, Xchange

Perkhidmatan Psikologi & Kaunseling yang diperuntukkan oleh Kerajaan Johor melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 dibawah sektor masyarakat dan Modal Ihsan

YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi

Menteri Besar Johor

Inisiatif dibawah MIND-X

  • Dua kali seminggu
  • Penyertaan terbuka kepada seluruh warga Johor
  • Pengisian Info yang berkaitan psikologi & kaunseling
  • Panel terdiri daripada pakar-pakar bidang dan selebriti undangan
  • Kemudahan menyediakan perkhidmatan kaunseling di lokasi yang diperlukan seperti jemputan pameran dan kawasan tumpuan ramai
  • Penyediaan van sebagai kaunter perkhidmatan kaunseling bergerak
  • Berfokuskan kepada seluruh penjawat awam & masyarakat Johor
  • Sebagai platform kaunselor turun padang dalam menyampaikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling

Hebahan

Mengapa MIND-X ?

a

Kaunselor yang terlatih & berdaftar

-Setiap kaunselor kami adalah kaunselor yang profesional, aktif dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

a

Sesi Percuma

-Ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri Johor dalam membantu kesejahteraan psikologi dan kesihatan mental rakyat negeri Johor yang terkesan akibat COVID-19.

a

Mudah dihubungi & kerahsiaan yang dijamin

-Anda tidak perlu keluar dari rumah, mengambil cuti atau menghadapi kesesakan lalu lintas untuk mendapatkan perkhidmatan sesi kaunseling.

a

Pengalaman sesi kaunseling yang sebenar

 

-Anda akan melalui sesi kaunseling yang sebenar bukan khidmat nasihat semata-mata.

Perkhidmatan

Bersemuka

  • Ini adalah kaedah yang terbaik dan berkesan. Anda akan hadir ke Bilik Kaunseling Yayasan Pembangunan Keluarga dan melakukan sesi di bilik kaunseling bersama kaunselor pada hari dan waktu yang ditetapkan. Ini adalah kaedah paling berkesan kerana kaunselor dapat melihat dan mendengar setiap butir bicara , bahasa badan, raut muka klien dan sebagainya.
  • Sesi akan dijalankan selepas tamat tempoh PKP

Psikososial & Kaunseling atas talian

  • Kaunseling melalui panggilan telefon. Anda akan menghubungi nombor telefon talian dan akan bercakap bersama kaunselor. Setiap luahan , pertanyaan dan perbincangan akan dijawab secara terus oleh kaunselor.
  • Waktu operasi 7 hari seminggu ( 8.00 pagi sehingga 10.00 malam )
  • Kaunseling melalui aplikasi Zoom atau Google Meet. Anda boleh menghubungi kaunselor pada hari dan waktu yang ditetapkan.

Support Group

  • Memberi sokongan moral kepada individu yang terjejas dan memerlukan suntikan motivasi kepada penjawat awam dan masyarakat seperti pesakit Covid-19, pelajar IPTA dan IPTS, waris pesakit Covid-19 dan Frontliner
  • Dilaksanakan secara atas talian
  • Dikendalikan oleh panel kaunselor berdaftar yang dilantik oleh kerajaan Johor.
  • Perkembangan Individu
  • Perkembangan kanak-kanak dan remaja
  • Perkembangan kerjaya
  • Perkembangan keluarga & Perkahwinan
  • Perkembangan warga emas
  • Pengurusan tekanan dan trauma
  • Keibubapaan
  • Kesihatan Mental
  • Pencegahan/Penyalahgunaan dadah dan bahan
  • Ujian Psikologi

Aplikasi Perkhidmatan Kaunseling & Ujian Psikologi Atas Talian

  • Kemudahan kepada penjawat awam & masyarakat negeri Johor dalam membuat saringan kesihatan mental melalui ujian psikologi dan mendapatkan perkhidmatan kaunseling

Webinar Kesihatan Mental & Kaunseling

  • Webinar kesihatan mental & kaunseling ini akan dijalankan 2 kali seminggu dengan pengisian yang menarik berkaitan kesihatan mental, psikologi dan kaunseling. MIND-X akan membawakan barisan panel dan moderator yang terdiri daripada pakar-pakar bidang serta selebriti undangan.

Kaunselor Kami

Berikut antara perkhidmatan yang kami di MIND-X tawarkan : 

Sistem Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling (i-Psikologi) Negeri Johor

i-Psikologi
Unit Psikologi & Kaunseling BPSM SUKJ

Aplikasi ujian psikologi atas talian ini adalah satu perkhidmatan yang disediakan untuk membantu individu dalam penilaian personel merangkumi mengenalpasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, minat, nilai, saringan kesihatan mental dan sikap seseorang yang dinilai melalui ujian psikologi

Ujian psikologi ini akan diukur dengan menggunakan alat – alat ujian psikologi yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks.

Ujian psikologi ini dapat membantu menganalisa tahap kesihatan mental dan membuat penilaian kendiri melalui ujian psikologi secara percuma serta dapat dimanfaatkan oleh semua rakyat Johor. Antara ujian psikologi yang disediakan ialah:

  1.  Inventori Big Five
  2. DASS 21
  3. Gaya Menangani Konflik
  4. Inventori Stress
  5. Gaya Bercinta